SOALAN LAZIM WASIAT
Apa itu wasiat?
Wasiat ialah arahan bagaimana harta anda diuruskan selepas meninggal dunia — supaya waris tidak keliru atau bergaduh.
Apa jenis harta yang boleh diwasiatkan?
Semua harta milik anda:
Rumah / tanah
Duit simpanan, KWSP, ASB
Kereta, motor
Barang kemas & pelaburan
Siapa perlu buat wasiat?
👉 Semua orang yang ada harta & tanggungan
Terutama jika:
Ada anak / pasangan
Ada hutang
Ada anak angkat / keluarga kompleks
Apa beza Wasiat, Hibah & Faraid?
Faraid → Pembahagian wajib ikut hukum Islam
Hibah → Beri harta semasa hidup
Wasiat → Arahan selepas meninggal dunia
👉 Kami bantu pilih yang paling sesuai dengan situasi anda.
Boleh wasiat kepada siapa?
✔️ Bukan waris (anak angkat, kebajikan, dll)
✔️ Waris (dengan persetujuan waris lain)
Berapa maksimum wasiat?
👉 Sehingga 1/3 sahaja daripada harta
Kalau ada hutang?
Kena selesaikan hutang terlebih dahulu
Apa jadi kalau tak buat wasiat?
❌ Harta berisiko beku
❌ Proses jadi lama & rumit
❌ Waris boleh bergaduh
👉 Ini yang kita nak elakkan.
Wasiat boleh ubah?
Boleh — selagi anda masih hidup