SOALAN LAZIM HIBAH
Apa itu hibah?
Hibah ialah pemberian harta semasa hidup kepada sesiapa sahaja tanpa balasan.
👉 Harta itu akan terus jadi milik penerima mengikut syarat yang ditetapkan.
Siapa sesuai buat hibah?
👉 Sangat digalakkan jika anda:
Ada anak perempuan sahaja
Ada anak angkat
Tiada anak
Keluarga kompleks (poligami, kahwin semula)
Nak beri harta kepada sesiapa pilihan sendiri
Apa harta yang boleh dihibahkan?
✔️ Rumah / tanah
✔️ ASB, Tabung Haji, simpanan
✔️ Pelaburan / syarikat
Harta apa TAK boleh hibah?
❌ KWSP
❌ Harta luar negara
❌ Harta tidak berdaftar (contoh barang kemas)
❌ Aset susut nilai (contoh kereta)
Perlu persetujuan waris?
👉 Tidak perlu
Selepas meninggal dunia, harta akan terus diberi kepada penerima hibah.
Hibah boleh batal?
👉 Bergantung jenis:
Ada yang boleh dibatalkan
Ada yang tidak boleh
👉 Kes tertentu (contoh ibu bapa kepada anak) boleh tarik balik dengan syarat tertentu.
Boleh hibah kepada anak bawah umur?
✔️ Boleh (guna konsep pemegang amanah)
👉 Harta akan diserahkan bila cukup umur
Rumah masih loan boleh hibah?
✔️ Boleh, tapi ada syarat
👉 Penerima perlu ambil tanggungjawab baki hutang
Hibah vs Wasiat – mana lebih baik?
👉 Hibah:
Terus beri kepada penerima
Tak perlu tunggu faraid
Tak perlu persetujuan waris
👉 Wasiat:
Maksimum 1/3 sahaja
Masih perlu melalui proses pusaka
👉 Kebanyakan kes: perlukan kedua-duanya
Apa jenis hibah?
Hibah Mutlak → terus pindah milik
Hibah Amanah → guna trustee (contoh anak kecil)
Hibah Bersyarat → ada syarat (contoh masih duduk rumah)
Berapa kos hibah?
👉 Anggaran bermula sekitar RM2,000
(bergantung jenis harta & struktur)