SOALAN LAZIM HARTA SEPENCARIAN

Apa itu harta sepencarian?

Harta sepencarian ialah harta yang diperoleh sepanjang tempoh perkahwinan hasil daripada:
Sumbangan kewangan (bayar deposit, ansuran, dll)
Sumbangan tidak langsung (contoh: urus rumah tangga, jaga anak)
Mahkamah akan menilai semua bentuk sumbangan ini sebelum menentukan pembahagian.

Bilakah Perjanjian Harta Sepencarian berkuat kuasa?

Perjanjian Harta Sepencarian akan berkuat kuasa berdasarkan apa yang dipersetujui dalam perjanjian tersebut.
Secara umum, ia boleh bermula:
👉 Serta-merta selepas ditandatangani
ATAU
👉 Pada tarikh tertentu yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak

Adakah ia terus terpakai tanpa pengesahan?

Tidak semestinya.
Walaupun perjanjian telah ditandatangani, untuk memastikan ia diiktiraf dan boleh dikuatkuasakan, biasanya ia perlu:
✔ Disahkan oleh Mahkamah Syariah
ATAU
✔ Digunakan sebagai dokumen sokongan jika berlaku tuntutan di mahkamah

Bila ia benar-benar digunakan?

Perjanjian ini biasanya akan dirujuk apabila berlaku situasi seperti:
Perceraian
Kematian salah satu pasangan
Pertikaian berkaitan pembahagian harta
Dalam keadaan ini, mahkamah akan melihat perjanjian tersebut sebagai rujukan utama dalam menentukan hak masing-masing.

Kenapa penting buat awal?

✔ Elak pertikaian di kemudian hari
✔ Jelas pembahagian dari awal
✔ Lindungi hak pasangan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada tuntutan mahkamah

Adakah rumah dua nama dikira sebagai harta sepencarian?

Tidak semestinya.
Ramai orang sangka bila rumah diletakkan atas dua nama (suami dan isteri), ia automatik menjadi harta sepencarian.
Hakikatnya, dari segi undang-undang, ia hanya menunjukkan bahawa kedua-duanya adalah pemilik bersama — kebiasaannya 50% setiap seorang.

Apa jadi jika salah seorang meninggal dunia?

Apabila salah seorang meninggal dunia:
👉 Bahagian miliknya (contoh: 50%) tidak terus jadi milik pasangan
👉 Bahagian tersebut akan:
Dibekukan sementara
Dan kemudian diagihkan kepada waris mengikut faraid
Ini bermaksud pasangan yang masih hidup:
Tidak mempunyai kuasa penuh ke atas rumah tersebut
Perlu mendapat persetujuan waris lain untuk urusan seperti jual atau pindah milik

Jadi, rumah dua nama belum tentu harta sepencarian?

Ya, betul.
Walaupun:
Dibeli selepas kahwin
Bayar sama-sama
Tinggal bersama
Ia masih belum dianggap harta sepencarian secara automatik.
Untuk diiktiraf sebagai harta sepencarian, ia perlu:
✔ Diisytiharkan semasa hayat (contoh: perjanjian bertulis)
ATAU
✔ Dituntut dan disahkan melalui Mahkamah Syariah

Berapa kos deklarasi aset sepencarian?

👉 Anggaran bermula sekitar RM2,500+
(bergantung jenis harta & struktur)

Tak pasti perancangan mana paling sesuai?