SOALAN LAZIM URUS PUSAKA
Apa itu pengurusan harta pusaka?
Pengurusan harta pusaka ialah proses mengurus, menuntut dan membahagikan harta si mati secara sah mengikut undang-undang
Kenapa perlu urus segera?
Kalau tangguh, boleh jadi:
❌ Harta beku bertahun-tahun
❌ Waris meninggal (kes jadi lebih rumit)
❌ Pergaduhan sesama keluarga
❌ Dokumen hilang atau tak lengkap
👉 Lagi cepat urus, lagi mudah & lancar.
Apa yang perlu dibuat dulu?
Langkah asas:
Kenalpasti waris yang layak
Senaraikan semua harta & hutang
Lantik pentadbir
Mohon Surat Kuasa Mentadbir
Tuntut & bahagikan harta
👉 Ini flow sebenar, tapi ramai akan stuck di tengah.
Apa itu Surat Kuasa Mentadbir?
Dokumen penting yang beri kuasa kepada seseorang untuk:
✔️ Urus harta
✔️ Bayar hutang
✔️ Agih kepada waris
👉 Tanpa ini, harta tak boleh disentuh.
Mohon di mana?
Bergantung nilai & jenis harta:
Amanah Raya → Harta kecil (tunai sahaja)
Pusaka Kecil → Harta bawah RM5 juta
Mahkamah Tinggi → Harta besar / kompleks
Berapa lama proses?
Pusaka Kecil → ± 6 bulan ke atas
Mahkamah Tinggi → boleh lebih cepat (kes tertentu)
👉 Bergantung kes & kerjasama waris.
Apa dokumen diperlukan?
Antaranya:
Sijil kematian
IC waris
Geran tanah / dokumen harta
Penyata bank / aset
Rekod hutang
👉 Lagi lengkap dokumen, lagi cepat selesai.
Siapa boleh jadi pentadbir?
Biasanya:
✔️ Suami / isteri
✔️ Anak
✔️ Ibu bapa
✔️ Waris terdekat
👉 Atau pihak lain jika perlu.
Hutang macam mana?
Hutang WAJIB diselesaikan dahulu
Kalau hutang lebih dari harta → tiada baki untuk waris
Macam mana harta dibahagikan?
Ada 2 cara utama:
Ikut faraid
Atau persetujuan bersama waris
Masalah biasa yang orang hadapi
Tak faham proses
Waris tak sepakat
Emosi & konflik
Tak buat tindakan awal
👉 Sebab tu ramai kes pusaka tergantung lama.
Masalah biasa yang orang hadapi
Tak faham proses
Waris tak sepakat
Emosi & konflik
Tak buat tindakan awal
👉 Sebab tu ramai kes pusaka tergantung lama.
Berapakan fi untuk pengurusan harta pusaka oleh UrusPusaka360.com?
Bermula RM2,500.