Siapa Kami?

UrusPusaka360 adalah platform yang membantu masyarakat mengurus perancangan dan pentadbiran harta pusaka secara sistematik dan patuh syariah.

Kami memahami bahawa ramai keluarga berdepan kesukaran apabila berlaku kematian, harta tidak terurus, dokumen hilang, waris tidak sepakat, dan proses menjadi terlalu rumit.

Melalui pengalaman dalam bidang perancangan kewangan dan pengurusan pusaka, kami membantu memudahkan proses ini supaya waris dapat menyelesaikan urusan dengan lebih teratur dan tenang.

Cabaran Kompleks Dalam Proses Pewarisan Harta

Kami memahami cabaran keluarga apabila berlaku kematian, harta dibekukan, dokumen tidak lengkap, konflik waris, dan proses yang rumit. UrusPusaka360 hadir untuk membantu merapatkan jurang ini, memastikan legasi terpelihara dan kebajikan waris terjaga dengan lebih mudah dan teratur.

Solusi Terbaik dari UrusPusaka360

Kami di UrusPusaka360 tidak hanya memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk menguruskan harta dan proses pewarisan, tetapi juga komited untuk mendidik masyarakat tentang pentingnya perancangan kewangan dan pengurusan pusaka.

Apa Yang Kami Tawarkan?

Perancangan kewangan profesional untuk memastikan legasi dan warisan terpelihara dengan lancar.

Rancang Harta

Kami menyediakan sesi konsultasi perancangan harta serta penyediaan dokumen yang lengkap, bagi membantu anda merancang masa depan dengan lebih bijak, teratur, dan berkesan—demi memastikan legasi dan warisan anda sentiasa terpelihara.

Pengurusan Harta Pusaka

Berbekalkan pengalaman luas dalam bidang pengurusan pusaka, kami menawarkan solusi yang memudahkan proses yang sebelum ini dianggap sukar. Fokus kami adalah untuk memastikan setiap urusan diselesaikan dengan lebih teratur, profesional, dan paling utama, memberikan ketenangan jiwa kepada anda dan keluarga.

Pendidikan

Kami juga aktif berkongsi ilmu bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan perancangan warisan serta membantu masyarakat mengelakkan masalah dalam pengurusan pusaka. Selain itu, kami turut menerima jemputan daripada agensi kerajaan dan bukan kerajaan untuk sesi perkongsian dan pendidikan.

Hubungi Kami untuk Bantuan Segera dalam Menguruskan Harta dan Legasi Anda